Brief History

Persatuan Motosikal Darussalam yang terkenal dengan nama PEMODA telah ditubuhkan pada tahun 1996. Hari persatuan ini adalah pada 18hb April. Persatuan ini adalah persatuan motosikal yang pertama  didaftarkan di Negara Brunei Darussalam. Bermula dengan 50 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi  tertubuhlahpersatuan yang menjurus kepada perpaduan yang menyatupadukan penunggang-penunggang motorsikal berkuasa tinggi di negara ini. Dengan motto "Bersepadu", persatuan ini terus bangkit dan bergerak selari dengan arus permodenan semasa untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan persatuan-persatuan motosikal di seluruh kepulauan Borneo dan negara-negara Asean.

Pan-Borneo Bikers Rally tahun 1996
PEMODA adalah persatuan motosikal yang tertua dan terbesar diseluruh kepulauan Borneo. Penglibatan persatuan ini di dalam acara-acara kenegaraan, knovoi luar negara serta apa jua aktiviti-aktiviti permotoran sememangnya tidak dapat disangkalkan atau dipertikaikan lagi. PEMODA mempunyai ahli-ahli yang aktif di dalam menyokong apa jua perancangan jangka panjang persatuan ini. Profesionalisma serta komitment yang tinggi daripada ahli-ahlinya memberikan impak yang sangat positif kepada perkembangan dan memudahkan pemimpin persatuan ini untuk menyambung kesinambungan pemimpin-pemimpin terdahulu di dalam persatuan ini.

Diantara mantan-mantan yang dipertua ialah:
  • H001 Yang Mulia Hj Daud Bin Hj Jamil (1996 – 2000, 2006 – 2008)
  • H002 Yang Mulia Musa Bin Hj Mahadi (2000 – 2002)
  • H044 Yang Mulia Hj Abu Bakar Bin Hj Mohd Arshad (2002 – 2006)
  • H460 Yang Mulia Hj Maidin Bin Momin (2008 – 2010)

Mesyurat Agong ke 4
Yang Dipertua PEMODA adalah pemimpin serta peneraju hala tuju persatuan ini di dalam menempuh kederasan angin dan arus kemajuan semasa. Kebijaksanaan mantan-mantan pemimpin inilah yang membawa persatuan ini melangkah kehadapan dan bertahan hingga kehari ini. Persatuan Motosikal Darussalam akan terus bertahan sebagai persatuan yang teraktif, tertua dan terbesar diseluruh kepulauan Borneo. Semoga Allah Ta'ala mengekalkan persatuan ini sebagai persatuan ini motosikal yang terunggul di seluruh kepulauan Borneo. Amin.

_____________________________


Darussalam Motorcycle Association or better known as PEMODA has been established since 1996 and its commemoration falls on every 18th April. This association is the first registered motorcycle association in Brunei Darussalam. The history began with only 50 big bike rider enthusiasts leading to the formation of bikers’ community with an intention to unite all riders in the country. With a slogan “BERSEPADU”(unity), PEMODA endures to parallel with other motorcycle association in Borneo and worldwide.

Taken from Borneo Bulletin in 1991
PEMODA is an old association and without doubt as the biggest bikers association in Borneo Island. The members are not only ride in the long convoys, besides committed to support public events, charities, religious activities, festivals and sports as well as to attend any associated bikes events world-ranging. All members are actively participate and support any plan made by the association. The constant supports from all members assure PEMODA existence to this recent and thus helps the current leader to execute tasks and responsibilities by the former leaders.

The former PEMODA leaders(Presidents) were;
  • H001 Yang Mulia Hj Daud Bin Hj Jamil (1996 – 2000, 2006 – 2008)
  • H002 Yang Mulia Musa Bin Hj Mahadi (2000 – 2002)
  • H044 Yang Mulia Hj Abu Bakar Bin Hj Mohd Arshad (2002 – 2006)
  • H460 Yang Mulia Hj Maidin Bin Momin (2008 – 2010)

All former presidents have brought PEMODA to its highest remarks with their wise decision, dedication and outstanding commitment. PEMODA will maintain as an active association and also as an eldest and biggest in the land Borneo island. May Allah Ta’ala bless this association.

Pemoda 10th Anniversary at Seri Kenangan Beach, Tutong